Hye Bloggers^_^
Erm assalamualaikum, kali ini, CK nak share entry pasal ayat Kursi.
Before tu, sapa yang tengok filem Karak? *CK lah tu.. ;)
Korang masih ingat semasa last cerita tu, Zura melawan hantu - hantu
yang banyak menyerupai rakan - rakan dia iaitu Ida, Jack dan juga Nik.
Masih ingat part dimana dia mahu membaca yassin, bila buka buku Yassin,
segala tulisan dalam tu hilang kesemuannya. Akhirnya, Tok Malam suruh dia
bacakan ayat kursi. Dan Zura terus baca terjemahan ayat tersebut.
Lari semua hantu-hantu yang ada, ingat tak?
Dibawah ini merupakan ayat dan terjemahan bagi panduan korang.
Ayat Kursi dah sedia maklum ada banyak khaifiatnya.
SO berikut adalah hikmah jika kita mengamalkan surah ini sebagai amalan harian.
1. Sesiapa yang membaca ayat ini apabila berbaring di
tempat tidurnya, Allah SWT akan mewakilkan dua Malaikat
memeliharanya sehingga Subuh.
2. Sesiapa yang membaca ayat ini di akhir solat fadhu,
maka dia akan berada dalam lindungan Allah SWT
sehingga sembahyang yang lain.
3. Sesiapa yang membaca ayat ini semasa hendak tidur,
maka Allah SWT akan memelihara dia, rumahnya
bahkan ahli rumah sekitarnya.
4. Sesiapa yang membaca ayat ini ketika mahu keluar dari rumahnya,
maka Allah SWT mengutuskan 7000 malaikat kepadanya.
Malaikat akan mendoakan dan memohon keampunan baginya.
5. Sesiapa yang baca ayat ini ketika akhir solat fardhu lagi,
maka Allah SWT akan menganugerahkan dia hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, Allah SWT melimpahkan rahmat keatas nya.
6. Sesiapa yang membaca ayat kursi di akhir solatnya ,
maka Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya
dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama
Nabi Allah sehingga mati syahid.
7. Sesiapa yang membaca ayat kursi ketika kesempitan,
nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
p/s : sesiapa nak share, amik je ok?
Hikmah Ayat Kursi