Saturday, March 19, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa Best !



Hye Bloggers!
Ya Kali ni post Cik Katie pasal Hikayat Merong Mahawangsa.
Alah filem terbitan KRU yang tengah meletops kat pawagam skang.
Semalam CK amik tiket Midnight di Big Cinema Taiping Sentral.
CK tengok dengan family ok..:)
Ok berbalik kepada filem tersebut.
HMM memang best dari segi plot, jalan cerita, pemilihan pelakon
Semuanya kena dengan watak. 
Kat Bawah ni senarai nama pelakon HMM..
Check it Out!

PELAKON

Stephen Rahman Hughes - Merong Mahawangsa
Gavin Stenhouse - Putera Rom ( Marcus )
Ummi Nazeera - Embok
Jing Lusi - Puteri China (Puteri Meng Li Hua )
Dato' Rahim Razali - Pak Kesum
Wan Hanafi Su - Taji
Khir Rahman - Kamanwas
Umie Aida - Ibu Merong Mahawangsa ( Lang )
Eric Carl Henrik Norman - Laksamana Rom ( Lycius )
Craig Robert Fong - Laksamana China ( Liu Yun )
Jehan Miskin - Embi


Sinopsis Filem HMM

Berlatarbelakangkan zaman tahun 120 M.
Filem ini disampaikan dalam bentuk penceritaan oleh pewaris beliau iaitu 
Sultan Muzaffar Shah @ Phra Ong Mahawangsa. Cerita bermula apabila apabila kedua-dua
kerajaan besar ini China ( Dinasti Han ) & Rom ( Hadrian ) ingin memperluaskan
pemerintahannya di Asia Tengah. Bermula di pelabuhan Goa, angkatan Rom meminta 
Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka ( Utara Malaysia ) untuk 
dikahwinkan dengan Puteri Meng Liu Hua ( Puteri China ). Puak Geruda yang mencemburui
bertindak menculik Puteri China dan meminta harta seperti emas daripada Kerajaan China.
Mereka bertempur hebat dengan puak Geruda dan akhirnya mengakibatkan 
Merong Mahawangsa tercedera. Pak Kesum membawa Merong dan mengubatinya. 
Turut menjaga Merong ketika beliau sakit ialah Embok.
Pak Kesum menceritakan kezaliman puak Geruda yg dikatakan berasal dari
puak mereka. Taji, ketua puak Geruda terlalu obses mahukan tangkal azimat
milik gurunya yg membolehkannya kebal. Disepanjang filem ini berlangsung,
terdapat serangkap pantun yang menjadi jawapan kepada pencarian Merong
dalam melenyapkan Taji dan pengikutnya.

KOMEN PERIBADI:

Dalam cerita ni, hmmm CK boleh kasi 4.5 bintang lah.
Smua nampak perfect tapi ada sesetengah part,
gambar CGI tu nampak macam dibuat-buat.Tapi,
Yusry memang terbaeklah kerna dapat buat filem yang amat bagus
dan baik. Bukan senang nak buat filem history.
Jalan cerita baik dan senang faham. Ditambah pulak adegan 
gurauan yg menampakkan filem ini tak terlalu serius sgt.
Cayalah Stephen Rahman. Hebat..!
Watak yang paling CK suka tengok ialah Laksamana China tu. Atoi,
Hensem nye. Suka tengok dia berlawan. Awesome!
N ada tak korang nampak Maya Karin dalam citer ni?
Cer cita Cer Cita..

SEGMEN JOM TERJAH GAMBAR!



Inilah Merong Mahawangsa
hero Langkasuka
pandai speaking lagik tau



Ini pulak Embok 
played by Ummi Nazeera
Owh sungguh rapuh skali santunnya
Heroin lah katakan


 Kamawas
Dia jadik watak antagonis dlm filem ni
sungguh ganas skali
tak suka dia!
tapi lakonan Khir Rahman ni menjadi
wa cakap lu..




Sapa tau yang ini..?
Inilah Puteri China yang akan dikahwinkan
dengan Putera Rom tu..
Cantik & brilliant!




inilah Pak Kesum
Tukang menilik orang..
Classmate Taji masa bertapa dulu.
Tapi dia baik ok..



Ini pulak Laksamana Rom
Yang iring Putera Rom ke 
Semenanjung Emas..
Langkasuka lah tu..
Seriusnya muka dia..


Inilah dia Putera kacak dari Rom
Putera Marcus Carprenius
Hmm menjadi idaman kalbu rakyat jelata..

Mana dia laksamana beta niey..?

Hahh ini dia yang terakhir..
Laksamana China yang CK minat tu
Owh hensem n kacak sekali
pandai dia berkungfu..
Ada style lah!


Adoi Hensemnya dia..
Pandai Bijak & Bergaya
Tak ade cm Merong..
Serabut ja rambut tuh..




No comments:

Post a Comment