Tuesday, March 15, 2011

... Evergreen @ Indie ? ...

Hye Bloggers

Ya bertemu lagi di post kali ini. Kali ni nak post pasal title kat atas tu. Hmm Confirm kan dah tau pasal apa?
Pasal lagu lah. Apa lagi. Sememangnya dunia muzik tanah air penuh dengan warna, dan penuh rentak lagu
Ada irama Malaysia, ada Rock tapi jiwang karat, ada yang nasyid, ada rap dan sekarang nie mestilah indie.
Kalau tengok dalam Anugerah Juara Lagu, memang lagu Indie memenuhi carta kan? Tapi tak semestinya orang melupakan muzik Evergreen. Kalau kita sedar, muzik evergreen masih lagi ke udara sehingga hari ini.
Kadang kala , penyanyi tu dah tenggelam pun tapi lagu dia still lagi dengar. 

Sebagai contoh lah, Siti Nurhaliza. Compare lagu dia sekarang dan dulu, mana yang korang rasa best?
Rasanya yang zaman dolu dolu tu lebih sedap lemak manis lagi kan? Macam lagu Seribu Kemanisan, Jerat Percintaan, dan Aku Cinta Padamu. hmm, zaman tu orang bagai nak gila dengar lagu Datuk Siti. Kalau tengok group pulak, macam Wings, Search, Axl', XPDC , cuba korang imbau kembali zaman kegemilangan lagu dorang dulu. Wow, Thumbs Up beb! Lagu - lagu zaman tu memang diklasifikasikan sebagai jiwang karat kot. Memang orang kita suka nyanyi dekat? hahahaha, dekat mana lagi, Karaoke lah..

Tapi bukan nak cakap lagu Indie nie tak ada power. Tengok kehebatan Yuna, Hujan, Bunface,Meet Uncle Hussein dan juga Ana Raffali. Lagu yang mereka hasilkan dan mereka nyanyikan tu memang best. Kalau tak masakan Ana Raffali boleh menang AJL 2 bulan lepas kan? Lagu macam Meet Uncle Hussein seperti Lagu Untukmu memang ramai yang meminatinya. Yang Lain macam lagu dengar. Gadis Semasa, Dan Sebenarnya dan Cinta Sempurna pun best untuk kita 

Alah Macam lagu raya lah. Kalau menjelang je hari raya Aidilfitri mesti kita nak lagu raya yang lama-lama @ evergreen ni, sebab lagu evergreen ni lebih mendayu-dayu kan, SO semangat nak raya tu sentiasa membuak dalam diri kannn??? Hehehe.. So itu terpulang kepada individu masing - masing untuk memilih. Namun, Jangan kita lebihkan muzik luar. Sokonglah muzik tempatan. Tak kesah pun nk layan Hitz Fm tu, tapi jangan dilupakan muzik tempatan cukup lah. okey? 



XPDC salah satu group yang selalu ada lagu best-best
Macam  C.I.N.T.A,Aku Masih Disini,
Titian Perjalanan, dan Hentian Ini



WINGS + AWIE
Gempak doe!
Group ini yang terkenal dengan lagu Sejati.


Yang ini pula jangan buat-buat tak kenal.
Siapa lagi, S E A R C H.
Sekarang group ni baru habes Konsert Double Trouble..
Agak gempak coz berkoblerasi bersama WINGS.
AWIE + AMY = WOW!
Lagu terkenal group ni: I s a b e l l a .. 
Love It!


SITI NURHALIZA
YA, beliau boleh dikategorikan sebagai evergreen..
Walaupun begitu, dia still lagi menghasilkan 
single - single terbaru..
Hmm bila lah dia nak pakai tudung litup ya?
doa-doa kan lah ye..



YUNALIS ZARAI @ YUNA
Queen Of Indie!
DAn Sebenarnya..:)

No comments:

Post a Comment